KTQS #2215 SALING BERSEDEKAH DAN SALING MENDOAKAN

KTQS #2215

SALING BERSEDEKAH DAN SALING MENDOAKAN

Di bulan yang mulia ini kita semua ketahui bahawa ramai kaum muslimin berlumba-lumba untuk bersedekah terutama bersedekah makanan.

Justeru itu bagi kaum muslimin yang diberi makan maka seharusnya juga berebut-rebut untuk mensyukuri dangan mendoakan saudaranya yang memberikan ia makan dengan doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah shallallahu’alihi wasallam iaitu:

اللهم بارك لهم فيما رزقتهم واغفرلهم وارحمهم

“Allahuma baarik lahum fima razaktahum wahgfir lahum warham hum.”

“Ya Allah, berkatilah mereka pada rezeki yang telah Engkau berikan kepada mereka, ampunilah mereka, dan rahmatilah mereka.” (Muslim 3/1615)

Mudah dan ringkaskan.

Alangkah indahnya dengan sikap saling beri dan saling mendoakan ini.

Jangan lupa juga untuk mendoakan terutama *isteri dan anak-anak* atau *ibubapa atau sesiapa saja* yang turut menyediakan makanan berbuka dirumah kerana ianya juga termasuk memberikan makanan.

Ringan-meringankan lah lidah mu untuk mendoakan mereka.

Barakallahu fikum.
Semuga bermanfaat diamalkan.

IBADAH PERTAMA YANG MUDAH DITINGGALKAN MANUSIA DARI UMAT INI

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah melalui sanad sampai kepada Salim bin Abdillah, dari ayahnya yaitu Abdullah bin Umar Ibnul Khattab radhiyallahu anhum, berkata :

“Ibadah yang pertama kali berkurang adalah tahajud di malam hari”

Dikeluarkan oleh Bukhari di dalam “Khalqu Af’alil Ibad” (hal. 111)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *